fbpx

Zahiril Adzim simpati nasib kanak-kanak Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHIRIL Adzim

PETALING JAYA – “Aku akan rasa sangat sedih. Rasa macam hati ini disentap dan dikonyokkan sebab aku ada anak”.

Itu luahan perasaan oleh pelakon Zahiril Adzim selepas menonton sebuah video yang memaparkan kekejaman tentera Zionis terhadap kanak-kanak di Palestin dalam media sosial.

Ujar pelakon Zahiril atau nama sebenarnya Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 37, dia tidak sanggup melihat video kesengsaraan akibat kekejaman tentera Israel terhadap kanak-kanak Palestin kerana memikir tentang usia kanak-kanak tersebut mungkin sebaya dengan anaknya.

“Bila tengok video seperti itu (melibatkan kanak-kanak Palestin), aku jadi marah. Rasa nak maki, rasa macam-macam tetapi inilah ujian untuk aku,” ujarnya dalam entri Instagramnya.

Dalam pada itu, pelakon filem One, Two, Jaga turut memuji sifat kesabaran penduduk Palestin walaupun diserang dan diperlakukan dengan kejam oleh tentera Israel.

“Anda tengoklah iman dan kesabaran orang-orang Palestin. Dalam tegas dan marah masih ada sabarnya.

“Kalau jenis kita (orang Malaysia) agaknya dan keluar ‘stereng lock’ (alat pengunci stereng). Kena pijak ramai-ramai pun tidak mengapa asalkan stereng lock hingga sekali dua dekat muka depa (tentera Israel),” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi hantaran itu juga, Zahiril menyeru masyarakat Malaysia supaya mengambil contoh sikap penduduk di Palestin agar sentiasa bersabar walaupun berada dalam situasi tegang di negara sendiri.

Sehingga kini, Israel terus membedil Genting Gaza dalam siri serangan berterusan selama seminggu yang telah membunuh lebih 200 penduduk setakat ini, sekali gus memaksa para pemimpin dunia untuk mencari penyelesaian segera. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI