fbpx

Masih ditidurkan, Mak Tasha Manshahar tunjuk perkembangan positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TASHA (kanan) memaklumkan ibunya kini menunjukkan perkembangan yang positif.

PETALING JAYA – Ibu Tasha Manshahar yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang selepas mengalami jangkitan pada paru-paru akibat Covid-19 semakin menunjukkan perkembangan positif.

Penyanyi itu berkata walaupun masih ditidurkan, ibunya menunjukkan tindak balas memberangsangkan terhadap ubat-ubatan selain tiada jangkitan kuman di organ lain.

“Ada pengurangan jangkitan di paru-paru mak. Alhamdulillah tiada masalah di organ yang lain.

“Jadi sekarang fokus doktor menggunakan rawatan bersesuaian supaya paru-paru mak berfungsi seperti biasa.

“Cuma doktor bagitahu virus Covid-19 ini boleh menyerang pesakit semula bila-bila masa,” katanya menerusi Insta Story di Instagram.

Semalam, penyanyi berusia 29 tahun itu meminta orang ramai mendoakan kesihatan kedua-dua orang tuanya yang disahkan positif Covid-19.

Berbanding ayahnya yang semakin sihat, Tasha memaklumkan ibunya itu, Herina Wong Abdullah, terpaksa ditidurkan untuk rawatan mengurangkan jangkitan kuman.

Penyanyi yang bertukar profesyen sebagai guru itu turut meluahkan terima kasih terhadap warga hospital yang mendedikasikan masa dan tenaga mereka membantu pesakit.

“Kepada semua doktor, pesakit dan petugas barisan hadapan lain yang sentiasa sabar serta memberikan terbaik kepada pesakit, saya doakan semoga anda diberi ganjaran dunia akhirat.

“Mereka adalah hero sebenar. Mereka lakukan bahagian mereka, kita buat bahagian kita. Terima kasih juga di atas doa anda semua. Mak semakin pulih disebabkan doa anda,” tambahnya.

Tasha yang berkahwin dengan penyanyi, Raqib Majid dan dikurniakan seorang anak juga memaklumkan hasil ujian calit dua adik beradiknya menunjukkan keputusan negatif. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI