fbpx

Aurel Hermansyah keguguran, Atta Halilintar reda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah.

JAKARTA – Keterujaan buat pasangan suami isteri Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah untuk menimang cahaya mata sulung mereka tidak kesampaian selepas janin di dalam kandungan Aurel keguguran.

Berita duka itu dikongsikan sendiri dalam Instagram Atta dan juga Aurel semalam.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Selamat jalan anakku sayang. Doakan mama dan papa dari syurga ya,” tulis Aurel dalam Instagram miliknya.

Hantaran yang sama juga dikongsi Atta dalam Instagram miliknya perihal khabar duka tentang kehilangan bakal anak sulungnya itu.

“Sampai jumpa di syurga anakku. Doakan papa dan mama,” ujar Atta ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian berita duka itu mendapat banyak respon dan ucapan takziah dalam kalangan peminat termasuk rakan-rakan selebriti.

“Al-Fatihah. Sabar ya kakak,” ujar pelakon Ayu Dewi.

“Moga diberikan kekuatan. Sabar ya,” ungkap pengacara Boy William.

Sebelum itu, ibu kepada Aurel yang juga penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti sempat menghantarnya berjumpa doktor untuk memeriksa kandungannya.

Ujar Krisdayanti, dia sangat bimbang dengan keadaan kandungan dan kesihatan Aurel sewaktu hamil.

“Ketika dihantar ke hospital, keadaan Aurel dan kandungannya sihat-sihat sahaja,” tutur Krisdayanti.

Dalam satu hantaran berbeza, Atta berkata dia reda belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk diberikan kesempatan menjadi seorang bapa.

“Saya sudah memberitahu isteri tiada apa pun yang akan menjadi milik kita selamanya. Bila-bila masa sahaja Allah SWT boleh mengambil semula haknya,” ujar Atta.

Untuk rekod, Atta yang juga merupakan seorang YouTuber terkenal Indonesia telah bernikah dengan Aurel dalam satu majlis pernikahan penuh gilang-gemilang yang turut dihadiri Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto sebagai saksi pernikahan mereka pada 3 April lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI