fbpx

Campak 6,000 biji pil kuda sebelum SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda yang dirampas selepas menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh tiga suspek di SJR Banggol Kulim, Rantau Panjang semalam.

PASIR MAS – Dua lelaki dan seorang wanita ditahan selepas mereka dipercayai membuang bungkusan plastik mengandungi 6,000 biji pil kuda sebelum melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Banggol Kulim, Rantau Panjang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 15 hingga 31 tahun itu ditahan ketika mereka menaiki kereta jenis Honda Jazz pada pukul 5.30 petang.

Katanya, sebelum tiba di SJR itu, salah seorang daripada individu telah bertindak mencampak satu bungkusan plastik keluar dari sebelah kanan kereta berkenaan.

“Selepas ditahan di SJR itu, ketiga-tiga suspek dan bungkusan yang dicampak mereka terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut terhadap bungkusan yang dirampas itu telah menemui sebanyak 6,000 biji pil kuda yang bernilai RM60,000,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, selain pil kuda, polis turut merampas wang tunai pelbagai jenis berjumlah RM605 daripada suspek.

Katanya, siasatan awal yang dilakukan, salah seorang suspek berusia 31 tahun mengaku dadah itu adalah miliknya dan usaha mengesan dalang utama dalam sindiket itu sedang giat dijalankan.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

“Seorang lagi suspek remaja yang berusia 15 tahun pula tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” ujarnya.

Mohd. Nasaruddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI