fbpx

Budak tiga tahun cipta rekod sampai ke puncak gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKSON menjadi individu paling muda sampai ke puncak Gunung Piz Badile di Switzerland pada usia tiga tahun. – SWNS

ZURICH, SWITZERLAND – Seorang budak lelaki berumur tiga tahun mencipta rekod menjadi individu paling muda berjaya sampai ke puncak Gunung Piz Badile di Switzerland pada ketinggian 3,048 meter dari aras laut, lapor metro.co.uk.

Kanak-kanak tersebut, Jackson Houlding dari England mengambil masa tiga hari untuk sampai ke puncak gunung itu bersama ibu bapa serta kakaknya yang berumur tujuh tahun.

Menurut Jackson, dia begitu gembira dan teruja apabila sampai ke puncak dan diberi gula-gula sebagai hadiah kerana kejayaannya itu.

“Ia sungguh menyeronokkan dan saya benar-benar gembira,” katanya.

Selain Jackson, kakaknya, Freya Houlding turut mendapat pengiktirafan sebagai pendaki paling muda yang sampai ke puncak Gunung Piz Badile.

Kanak-kanakperempuan itu mendaki sendiri tanpa dibantu ibu bapanya.

Kata Freya, dia bangga dan gembira atas pencapaiannya.

“Mendaki gunung sungguh menyeronokkan walaupun saya berasa sedikit gementar dan takut,” katanya.

Bapa mereka, Leo Houlding, 40, yang juga seorang pendaki profesional berkata, dia begitu kagum melihat semangat waja yang ditunjukkan oleh kedua-dua anaknya.

Bahkan ketika mendaki, Freya membawa sendiri beg galasnya tanpa meminta bantuan sesiapa, manakala isterinya, Jessica menggendong Jackson yang memiliki berat 15 kilogram.

Jackson bersama ahli keluarganya memulakan pendakian di pergunungan Swiss itu pada 25 Julai lalu dan meraikan ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-40 di puncak gunung tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI