fbpx

Semua pemain perlu sumbang mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA perlu berada pada tahap prestasi terbaik untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir di Bangkok, Thailand yang bermula hari ini.

UNDIAN Piala Thomas 2020 menyaksikan skuad badminton negara diundi dalam Kumpulan A bersama musuh tradisi, Indonesia serta dua wakil Eropah, England dan Belanda.

Meskipun dilihat tidak berdepan masalah melangkah ke pusingan kalah mati, namun pemain perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia menegaskan, ia bukanlah tugas mudah.

Pemain yang berada di ran­king ke-10 dunia itu berkata, ketiadaan legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei pada edisi kali ini sedikit seba­nyak memberi kesan.

“Pada edisi dua tahun lalu, boleh kata satu mata sudah ada dalam genggaman menerusi Datuk Chong Wei. Bagaimanapun, kali ini agak sukar.

“Walaupun sukar tetapi tidak mustahil untuk kita layak ke pusingan berikutnya sebagai juara kumpulan. Walaupun kita fokus pada Indonesia, namun jangan pandang rendah kemampuan dua pasukan lagi,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara semalam.

Justeru, dia menggesa rakan-rakan sepasukan agar memberikan segala-galanya serta menggalas misi menyumbang mata buat negara

“Saya sedar perlu galas tekanan cukup tinggi tetapi diharapkan rakan-rakan sepasukan boleh sama-sama kongsi tekanan ini serta jalankan tanggungjawab untuk sumbang mata,” tambahnya.

Pemain berusia 22 tahun itu juga tidak sabar untuk memulakan kejohanan dalaman di ABM yang dijangka bermula minggu depan bagi Divisyen 1.

“Walaupun tertekan menje­lang kejohanan itu, namun saya agak teruja kerana sudah lama tidak bermain secara kompetitif. Ia peluang terbaik untuk dapatkan keyakinan serta suasana kejohanan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI