fbpx

Penggunaan katil di Lembah Klang capai 125 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kadar penggunaan katil rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 di Lembah Klang telah mencapai 125 peratus manakala, 74 peratus di seluruh negara setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak dan Negeri Sembilan mencatatkan penggunaan katil Covid-19 ICU melebihi 80 peratus.

“Hospital Covid-19 telah meningkatkan jumlah katil ICU yang diperuntukkan untuk pesakit Covid-19 dengan mengubah fungsi (repurpose) wad biasa.

“Bagaimanapun, ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan Covid-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan,” katanya menerusi Facebook beliau malam tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, peningkatan kes-kes secara mendadak kebelakangan ini telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Rakyat adalah barisan hadapan yang amat penting pada ketika ini dan diharap untuk terus patuh duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI