fbpx

Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu mengelak anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang maut di hospital selepas dilanggar kenderaan dari arah bertentangan yang mengelak anjing di Jalan Besar Ladang Gaddes, di sini, petang semalam.- Foto IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di hospital selepas bertarung nyawa lebih kurang sejam susulan terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di Jalan Besar Ladang Gaddes, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa, M. Haari, 20, yang merupakan pekerja estet dikejarkan ke Hospital Jempol susulan mengalami kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, polis bagaimanapun menerima maklumat dari pihak hospital pada pukul 7.15 malam, selepas mangsa telah meninggal dunia.

“Kemalangan ini membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal yang ditunggangi mangsa jenis Honda C70 dan sebuah pacuan empat roda (4×4) jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pekebun.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu 4×4 dari arah Mahsan menuju ke Ladang Gaddes. Setibanya di tempat kejadian, pemandu berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaannya akibat mengelak seekor anjing lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa yang cedera parah dibahagian kepala dikejarkan ke Hospital Jempol bagi menerima rawatan. Pemandu 4×4 bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Chang Hook berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa akan dibedah siasat pada pukul 9 pagi ini bagi mengetahui punca kematian.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI