fbpx

Skyways Technics bangunkan hab MRO serantau di Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LaPangan Terbang Subang bersedia menjadi tuan rumah bagi Skyways Technics untuk meluaskan rangkaian perkhidmatannya ke pasaran Asia Pasifik.

PETALING JAYA – Penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat dari Denmark, Skyways Technics Group (Skyways Technics) menandatangani memorandum persefahaman dengan Malaysia Airports untuk memperluaskan hab rantau Asia Pasifik­nya di Lapangan Terbang Subang.

Ia merangkumi penyediaan kemudahan MRO hujung ke hujung, termasuk bengkel pem­baikan komponen, pusat pengedaran komponen dan perkhidmatan pesawat di darat (AOG) bagi rantau Asia Pasifik.

Menerusi kerjasama tersebut, Lapangan Terbang Subang kini bersedia menjadi hab MRO pilihan di Asia Pasifik untuk pesawat dan ia bakal menarik pelaburan berjumlah RM1 bilion.

Ketua KLIA Aeropolis Malaysia Airports, Randhill Singh berkata, Skyways Technics adalah pemain antarabangsa terkemuka dalam industri untuk penyelenggaraan pesawat ATR dan serantau.

“Hasrat syarikat tersebut adalah untuk terus mengembangkan kemampuan­nya dan berkembang di Asia Tenggara sejajar dengan strategi kami yang mahu meletakkan Lapangan Terbang Subang sebagai pusat turboprop (ATR) di Asia Pasifik dan meme­nuhi tuntutan penyelenggaraan ATR di rantau ini.

“Kegiatan MRO di rantau ini diunjurkan meningkat 150 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan nilai bakal mence­cah sehingga AS$21.7 bi­lion (RM89.5 bilion).

“Sehubungan itu, Lapangan Terbang Subang bersedia menjadi tuan rumah kepada hab Asia Pasifik Skyways Technics bagi memenuhi permintaan tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Skyways Technics, Group Benjamin Nielsen berkata, pihaknya memiliki keinginan yang kuat untuk mengembangkan kehadirannya di Asia Pasifik melalui Lapangan Terbang Subang.

“Sejak hari pertama di sini, kami rasa dialu-alukan dan sukacita untuk meneruskan perjalanan ini dengan Malaysia Airports,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI