fbpx

Muzium di Singapura minta gambar punggung wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amanda ingin mengetengahkan imej sederhana wanita Singapura yang sebelum ini dikaitkan dengan punggung seksi pramugari Singapore Airlines. – Alamy Stock Photo/Daily Mail

SINGAPURA – Sebuah muzium di Singapura mengajak wanita negara itu berkongsi gambar punggung mereka sebagai sebahagian daripada projek online bertujuan untuk menghapuskan stereotaip imej seksi wanita, lapor laman berita MailOnline kelmarin.

Muzium Kesenian Singapura (SAM) dengan kerjasama artis seni tempatan, Amanda Heng memulakan inisiatif dinamakan Projek Online Singirl itu bagi menghapuskan imej punggung seksi wanita yang sering dikaitkan dengan pramugari Singapore Airlines.

“Amanda ingin mengete­ngahkan imej sederhana wanita Si­ngapura yang sebelum ini sinonim dengan punggung seksi pramugari Singapore Airlines,” tulis SAM di Instagram.

Kata Amanda, dia berhasrat untuk menghapuskan imej seksi pramugari Singapore Airlines yang dipromosikan oleh syarikat penerbangan itu di seluruh dunia.

“Bagaimana cabaran ini dapat mengetengahkan persepsi terhadap identiti jantina dan nasio­nal?” tulis hantaran itu lagi.

Turut dimuat naik dalam hantaran tersebut adalah gambar-gambar punggung wanita dengan perkataan ‘SinGirl’ tertera pada bahagian tengah gambar.

Mereka yang ingin turut serta boleh merakam gambar punggung masing-masing di kios gambar Galeri Nasional Singapura, dan imej itu akan dimasukkan ke pangkalan data Amanda.

Projek itu turut mengete­ngahkan lima artis seni lain iaitu Charles Lim Yi Yong, Bani Haykal, Debbie Ding, Heman Chong dan Chua Chye Teck. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI