fbpx

Langgar SOP Aidilfitri, keluarga Neelofa kembali bergegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar muat naik oleh Noor Nabila yang tular dalam laman Twitter.

IBARAT menjerut leher sendiri, tindakan kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd. Noor, memuat naik video bermaaf-maafan seisi keluarga pada 1 Syawal lalu menerusi Instagram seakan-akan menjadi bukti pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Biarpun video berdurasi 27 saat tersebut telah dipadamkan secepat mungkin, namun masih ada dalam kalangan pengikut usahawan terbabit berjaya membuat tangkap layar paparan berkenaan.

Malah seorang pemilik akaun Twitter turut berkongsi momen pagi raya keluarga popular itu untuk tatapan pelayar lain sekali gus meraih pelbagai komen netizen dalam media sosial.

Rata-rata hairan kerana keluarga berkenaan tidak tinggal sebumbung, namun tetap berdegil berhimpun beramai-ramai menyambut Aidilfitri.

GAMBAR adik-adik Neelofa iaitu Athisha dan Ameera bersalam-salaman dengan kedua ibu bapa mereka pada pagi raya.

Dalam video bersalaman dengan kedua-dua orang tuanya, turut kelihatan suami Nabila, Engku Emran Engku Zainal Abidin dan anak tirinya, Engku Aleesya, 12.

Sementara suami kepada Neelofa, PU Riz atau Muhammad Haris Mohd. Ismail juga dilihat bersalaman dan berpelukan dengan ibu mertua, Datin Noor Kartini Mohamed Noor Mohamed.

Menjengah ke laman Twitter, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kemarahan dan tidak puas hati selain mempertikaikan tindakan keluarga itu.

“Wah seronoknya. Betul-betul kebal geng ni.

“Meriahnya. Kita nak jumpa keluarga yang dekat pun takut. Puak-puak ni siap boleh cium mulut dan laga-laga pipi lagi. Demo (mereka) semua mari dari kayangan ke,” luah netizen.

GAMBAR hari raya Neelofa dan Haris yang dimuat naik dalam Instagram.

Dalam video yang tertulis kapsyen ‘1 Syawal yang penuh mulia’ itu, kelibat Neelofa dan PU Riz dengan persalinan biru gelap turut kelihatan.

Tinjauan HibGlam juga mendapati video berkenaan telah dipadam Noor Nabila dalam Instagramnya.

Apa pun daripada pengamatan, video berkenaan diyakini dirakamkan baru-baru ini berdasarkan persalinan dikenakan Nabila yang turut dimuat naik dalam Instagramnya empat hari lalu.

Mengikut SOP yang telah ditetapkan, tiada sebarang aktiviti kunjung-mengunjung dibenarkan ketika Hari Raya Aidilfitri sepanjang PKP bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021.

Sebelum ini 20 ahli keluarga Nabila dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM30,000 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikah Neelofa di sebuah hotel pada 27 Mac lalu.

Pasangan pengantin pula masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI