fbpx

Empat individu dikompaun rentas negeri di Muallim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Slim River di Slim River. - FOTO: IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Empat individu dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang atas kesalahan merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kompaun itu dikeluarkan ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Stesen Bas Tanjung Malim dan SJR Plaza Tol Slim River serta ‘snap check’ di Jalan Kuala Slim.

“Selain tidak memiliki surat kebenaran polis, mereka didapati telah menyalahgunakan surat majikan bagi tujuan merentas negeri.

“Kesemua mereka masing-masing dikenakan kompaun RM5,000 dan telah diarahkan untuk berpatah balik,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, selain plaza tol, terdapat dua SJR didirikan di laluan masuk ke Perak melalui sempadan Selangor iaitu di Jalan Persekutuan Taman Universiti atau Hulu Bernam dan Sempadan Behrang-Selisik.

Katanya, sekatan turut dibuat di jalan alternatif yang menghubungkan Tanjung Malim dengan Hulu Bernam, Selangor di Jambatan Stesen Bas Tanjung Malim.

“Hanya jalan masuk dari Hulu Bernam ke pekan Tanjung Malim yang dibuka sehala di situ dan pengguna dari arah Tanjung Malim ke Hulu Bernam boleh menggunakan Jalan Persekutuan Taman Universiti untuk ke arah selatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, aliran trafik memasuki sempadan Perak di Tanjung Malim adalah terkawal sepanjang musim perayaan ini.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan yang melalui jalan di daerah ini mendapati rata-ratanya mempunyai surat kebenaran dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah di tempat masing-masing,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI