fbpx

1,032 penduduk Kampung Pauh Lima jalani ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk Kampung Pauh Lima hadir untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Surau Al-Ahmadiah, Bachok hari ini. - FOTO : ZULHANIFA SIDEK

BACHOK – Seramai 1,032 penduduk Kampung Pauh Lima hadir menjalani ujian saringan Covid-19 di Surau Al-Ahmadiah di sini selepas 78 kes dilaporkan di kampung berkenaan sejak 7 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, lokaliti itu membabitkan kampung yang bersempadan dua daerah iaitu Bachok dan Kota Bharu yang akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pukul 12 tengah malam ini hingga 1 Jun depan.

“Sebanyak 158 buah rumah dengan 710 penduduk di Mukim Banggu, Kota Bharu manakala Mukim Banggu, Bachok pula terdapat 110 rumah dan melibatkan 320 penduduk.

“Mulai malam ini, semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu dan orang dari luar juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan Kampung Pauh Lima,” katanya selepas mengadakan lawatan di khemah ujian saringan Covid-19 Surau Al-Ahmadiah, Kampung Pauh Lima di sini hari ini.

Beliau berkata, kon, tanda amaran dan pagar kawat berduri akan dipasang di beberapa kawasan operasi PKPD termasuk sekatan di lorong-lorong tikus di celah-celah rumah penduduk.

“Setakat ini, kita mengesan tujuh laluan tikus di Kampung Pauh Lima. Kon atau kawat berduri akan dipasang bagi memudahkan anggota tentera dan polis mengawal pergerakan orang ramai dengan lebih sistematik.

“Kita akan mengadakan enam sekatan jalan raya (SJR) sebelum memasuki kampung ini di Bachok manakala empat lagi di Kota Bharu,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan sebanyak 78 kes positif Covid-19 direkodkan dalam tempoh 11 hari di Kampung Pauh Lima di sini.

Kes itu dipercayai berpunca daripada penduduk yang mengadakan solat berjemaah dan tadarus di sebuah surau dekat sini sebelum Covid-19 menjangkiti penduduk di perkampungan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI