fbpx

Hidu bau busuk sampah setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sampah pukal dan basah dibuang di tepi Jalan Segenting berdekatan kawasan industri Pulau Carey yang mencemar alam sekitar.

KUALA LANGAT – Kegiatan individu tertentu yang sesuka hati membuang sampah basah dan pukal di Jalan Segenting berdekatan kawasan industri Pulau Carey di sini mengundang bau busuk serta mencacatkan pemandangan.

Hasil perkongsian gambar seorang pengguna yang melalui kawasan tersebut menunjukkan sampah dibuang merata-rata sehingga menimbun.

Seorang pengguna jalan raya yang ingin dikenali sebagai Hasan berkata, setiap hari dia terpaksa menghidu bau busuk berpunca daripada sampah tersebut ketika melalui jalan berkenaan.

“Sampah yang menimbun itu terdiri daripada sampah basah dan sampah pukal seperti sofa buruk, tilam serta gobok buruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasan berkata, pihak berkuasa tempatan perlu sentiasa membuat rondaan di kawasan tersebut supaya kegiatan pembuangan sampah secara haram dapat ditangani.

“Walaupun papan tanda amaran jangan membuang sampah di kawasan itu, namun sampah tetap dibuang.

“Saya berharap pihak berkuasa membersihkan sampah di kawasan itu supaya burung gagak dan anjing liar tidak lagi berkeliaran di situ,” ujarnya.

Hasil tinjauan Kosmo! pula mendapati, longgokan sampah menjadi tumpuan beberapa ekor anjing dan burung gagak yang dipercayai mencari makanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI