fbpx

Keluarga Neelofa beri keterangan di IPD Brickfields

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA

PETALING JAYA – Beberapa orang ahli keluarga selebriti sensasi, Neelofa hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan dia sekeluarga melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Aidilfitri. 

Menurut sumber yang boleh dipercayai, keluarga tersebut menghadirkan diri dengan menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard berwarna putih pada pukul 2.51 petang.

Bagaimanapun, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor difahamkan tidak kelihatan di balai polis berkenaan, namun bapa tirinya, Datuk Abdul Halim Khan Lall Khan dilihat berada di sana.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan keluarga Neelofa sekali lagi menjadi perhatian dan bualan netizen apabila didakwa melanggar SOP Aidilfitri yang ditetapkan. 

Sebuah video yang dimuat naik kakak Neelofa, Noor Nabila tular dalam laman Twitter selepas dirakam dan dikongsi netizen sejak tengah hari semalam.

Video berdurasi 27 saat itu jelas menunjukkan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan sedang bersalaman meminta maaf antara satu sama lain. Bagaimanapun, Noor Nabila bertindak memadam muat naik video berkenaan apabila mula mengundang amarah netizen.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, terdapat video tular yang dimuat naik melalui akaun Instagram kakak kepada bekas pengacara MeleTOP itu yang merakamkan detik sambutan Hari Raya Aidilfitri Khamis lalu di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail.

Siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi selama 26 saat itu memaparkan ahli keluarga selebriti berkenaan didapati berkumpul dan bermaaf-maafan di sebuah rumah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI