fbpx

Pemeriksaan teliti setiap permohonan termasuk PJJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaiham (empat dari kiri) menyatakan sesuatu kepada penyelia sebuah pasar raya ketika melakukan tinjauan di sekitar bandar Bentong hari ini.

BENTONG – Polis mengenal pasti terdapat pasangan suami isteri yang berada di lokasi yang sama cuba menipu apabila masing-masing membuat permohonan rentas negeri bagi membolehkan mereka pulang ke kampung.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, sehubungan itu pihaknya terus membuat pemeriksaan teliti setiap permohonan rentas negeri termasuklah daripada pasangan jarak jauh (PJJ).

“Kalau PKK, kita akan meminta mereka kemukakan dokumen yang boleh meyakinkan seperti bukti pasangan mereka jauh, sijil perkahwinan, buktikan alamat pasangan dan sebagainya.

“Bukan hendak menyusahkan tetapi kita hendak pastikan permohonan itu betul dan pasangannya betul-betul berada di tempat dituju, jadi kita memohon kerjasama semua,” katanya selepas melakukan pemantauan di sekitar bandar Bentong di sini, hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan pertambahan kenderaan di Plaza Tol Gombak sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa mencetuskan pelbagai persoalan lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Difahamkan, kebanyakan pengguna yang melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak itu mempunyai kebenaran termasuklah pasangan jarak jauh. Namun sejauh mana alasan itu benar kerana terdapat individu dipercayai memanipulasi kebenaran yang diberikan oleh kerajaan.

Menurut Zaiham, antara permohonan rentas negeri paling banyak diterima pihaknya dalam tempoh sebelum raya adalah dengan alasan pasangan jarak jauh selain pelbagai alasan lain.

Dalam pada itu beliau berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pihak polis daerah Bentong telah mengeluarkan 241 kompaun atas pelbagai kesalahan termasuklah menerusi sekatan jalan raya (SJR).

Katanya, kesesakan yang berlaku di SJR Plaza Tol Bentong adalah disebabkan pihak polis melakukan pemeriksaan yang teliti demi memastikan hanya individu yang mempunyai kebenaran rentas negeri yang sah dibenarkan memasuki negeri Pahang.

“Keduanya kita juga hendak memastikan data yang ada pada surat rentas negeri mereka sama dengan individu yang berada dalam kenderaan itu sebab kadangkala didapati jumlah permohonan tiga orang, tetapi ada sampai lima orang,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI