fbpx

Banjir kilat undang sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hujan lebat selama dua jam mengakibatkan jalan utama memasuki Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam sesak dipenuhi air. FOTO : NORHAYATI YAHAYA

SHAH ALAM – Hujan lebat yang turun selama kira-kira dua jam bermula pukul 12 tengah hari tadi membuatkan kesesakan jalan raya hampir satu kilometer di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini susulan ditenggelami air sedalam 0.3 meter.

Tinjauan Kosmo! mendapati laluan di kawasan kedai lokasi tersebut turut dipenuhi air.

Pengguna jalan raya yang memasuki melalui Persiaran Budiman menyangkakan kesesakan kereta sejauh kira-kira satu kilometer dari bulatan Taman Sri Muda disebabkan oleh sekatan jalan raya (SJR).

Turut diperhatikan hasil tinjauan adalah beberapa kenderaan yang rosak akibat tidak dapat melepasi paras air terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI