fbpx

Peniaga mohon bantuan cari kereta yang dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta peniaga tersebut yang dicuri di Jalan Genting Klang, Setapak semalam.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Facebook, Nurazreen Neerza II meminta bantuan orang ramai bagi mengesan kereta Perodua Kancilnya yang dicuri di Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur semalam.

Katanya, keretanya dengan nombor pendaftaran JFF 7306 itu digunakan olehnya bagi menjalan perniagaan.

“Kepada pencuri, kasihanlah orang sikit. Orang tengah susah masa Perintah Kawalan Perniagaan bagai. Baru sahaja habis raya nak mula berniaga balik.

“Habis beli barang semua dekat RM2,000 lebih. Melayang macam itu sahaja beli barang, bukan RM1 atau RM2, beribu tu. Lepastu kau mencuri kenderaan untuk orang pergi berniaga, fikir tak susah aku nak berniaga, ke sana sini, nak bayar bil bagai, rumah lagi nak bayar.

“Aku yang sebagai peniaga ni buat macam mana, pergi niaga naik Grabkah? Yang mencuri ni perangai macam Israel Yahudi. Dapat pencuri ni memang aku cucuk mata dia pakai lidi sate. Allahuakbar,” katanya di laman Facebook semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI