fbpx

Bengang terus dikaitkan dengan Janna Nick, Sheila Rusly akhirnya buka mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheila Rusly berang apabila namanya dipetik dan dikaitkan dengan pelakon Janna Nick.

PETALING JAYA – Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly berang apabila namanya tidak semena-mena dipetik dan dikaitkan dengan pelakon Janna Nick selepas hubungan mereka retak sejak dua tahun lalu.

Sheila menerusi InstaStory memuat naik beberapa hantaran bagi membalas ciapan beberapa pengguna Twitter yang bertindak memetik namanya tanpa sebab.

“Siapa tweet (ciap) ni? Kelakar rabak!. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) banyak masa nak memfitnah. Nak buka kes ke. Jom la kalau berani,” tulisnya.

Pada masa sama, Sheila turut menafikan dakwaan seorang pengguna Twitter yang mengatakan punca sebenar dia dan Janna bermasam muka disebabkan dirinya cuba menjodohkan anak sulungnya dengan Janna namun ditolak pelakon Marry Me Senorita itu.

Tangkap layar InstaStory Sheila membalas ciapan pengguna Twitter mengenai hubungannya dengan Janna Nick.

“Nak kenen dengan anak Sheila Rusly? Lambat lagi!,” katanya.

Terdahulu, program hiburan popular kendalian Janna telah mengetengahkan segmen curahan hati yang menampilkan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana.

Rentetan daripada itu, ramai netizen ingin melihat Janna dan Sheila Rusly dipertemukan dan bersemuka sekali gus bermaafaan dalam program tersebut.

Sebelum ini, Sheila dan Janna mempunyai hubungan yang sangat baik ibarat ibu dan anak selain Janna sering ditawarkan berlakon di bawah produksi kendaliannya, JS Pictures.

Untuk rekod, hubungan Sheila dan Janna mula retak sekitar awal 2019 disebabkan satu permasalahan yang masih tidak dapat dirungkai hingga ke hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI