fbpx

Koeman sudah ibarat ‘nyawa ikan’ di Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOEMAN mengakui masa depannya semakin berada di cenuram selepas Barcelona tewas mengejut 1-2 kepada Celta Vigo di Stadium Camp Nou kelmarin.

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman me­ngakui masa depannya bagaikan telur dihujung tanduk selepas gagal membantu pasukan meneruskan cabaran merebut kejuaraan La Liga apabila tewas mengejut 1-2 kepada Celta Vigo di Stadium Camp Nou kelmarin.

Keputusan itu sekali gus me­nyaksikan pasukan The Catalans tidak mampu meneruskan tekanan kepada dua pasukan teratas liga, Atletico Madrid dan Real Madrid selepas mengumpul 76 mata ketika saingan berbaki satu perlawanan.

Malah, pengurusan Barcelona dikatakan sedang mengintai peluang untuk menandatangani khidmat jurulatih baharu de­ngan bekas pemain tengah berpengaruh, Xavi Hernandez yang ketika ini bersama pasukan Al-Sadd pada Liga Qatar menjadi keutamaan.

“Saya tidak mahu bercakap tentang masa depan saya bersama pasukan ini kerana saya sudah tekankan bahawa kontrak saya dengan Barcelona masih berbaki semusim dan saya hormati tempoh tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, Koeman lebih berminat untuk berkata tentang kemungkinan kapten pasukan, Lionel Messi membuat kemunculan terakhir di gelanggang keramat Camp Nou selepas kontraknya bakal tamat pada musim ini.

“Secara jujur, saya harap ini bukanlah penampilan terakhir Messi bersama Barcelona di Camp Nou kerana saya tidak dapat bayangkan pasukan tanpa kelibatnya selepas ini kerana dia adalah pemain terbaik di dunia.

“Situasi ini terbukti apabila dia telah menjaringkan 30 gol musim ini sehingga berjaya membantu pasukan memenangi banyak perlawanan dan saya berani cakap tanpa Messi, kedudukan pasukan pasti lebih teruk berbanding sekarang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI