fbpx

Sancho hampiri Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO menjadi buruan United sejak sekian lama dan proses rundingan akhirnya menemui jalan penyelesaian. – AFP

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan pemain sasaran mereka, Jadon Sancho dengan memecahkan rekod perpindahan kelab berkenaan bernilai £110 juta (RM606.32 juta).

Bagaimanapun, difahamkan United tidak akan membayar jumlah tersebut secara sekali gus sebaliknya sedang memujuk Borussia Dortmund untuk mene­rima bayaran awal berjumlah £70 juta (RM385.84 juta).

Baki pembayaran tersebut akan dibuat oleh United berdasarkan pencapaian dan penampilan pemain berusia 20 tahun itu bersama United nanti.

Difahamkan, Dortmund hanya akan mendapat tambahan pembayaran berkenaan sekiranya United mampu meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Sancho akan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama United dan menerima gaji mingguan sebanyak £220,000 (RM1.2 juta) seminggu dengan pilihan untuk lanjutan kontrak selepas itu.

Pemain sayap itu dikhabarkan akan menyarung jersi ikonik No.7 United sekembalinya ke Manchester selepas tiga tahun berkelana ke Jerman.

Dortmund membayar yuran perpindahan Sancho sebanyak £10 juta (RM55.12 juta) ketika mendapatkannya dari Etihad pada Ogos 2017.

Jersi No. 7 United sebelum ini digunakan oleh Alexis Sanchez yang ketika ini sedang dalam proses rundingan untuk dijual ke Inter Milan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI