fbpx

Warga emas rugi RM1juta diperdaya sindiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas mengalami kerugian lebih RM1juta selepas diperdaya menerusi panggilan telefon ketika sedang berada di rumahnya di sini pada 1 April lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita berusia 60 tahun itu menerima panggilan telefon kira-kira pukul 2 petang daripada individu yang mendakwa bekerja sebagai operator di sebuah bank.

“Wanita berkenaan kemudiannya dimaklumkan bahawa kad kredit yang didaftarkan di atas namanya telah digunakan untuk membuat pembelian matawang kripto Bitcoin di satu laman web sosial dan panggilan tersebut didakwa telah disambungkan ke ‘Bank Negara’.

“Mangsa kemudiannya telah memberikan maklumat peribadi kepada pihak ‘Bank Negara’ untuk membuat laporan polis penafian tentang kad kredit itu dan keesokan harinya (2 April) dia telah menerima salinan laporan polis tersebut menerusi aplikasi Whatsapp,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Fakhrudin, mangsa kemudiannya telah dihubungi oleh individu yang mendakwa sebagai pihak polis telah diminta untuk memberikan semua maklumat akaun banknya bagi tujuan memperbaharui akaun tersebut daripada disalahgunakan oleh individu lain.

“Warga emas itu kemudian telah menerima pesanan ringkas dari pihak bank berkenaan yang mengandungi kod enam digit dan dia telah memberikannya kepada ‘pihak polis’ yang menghubunginya.

“Pada 10 Mei lalu, mangsa membuat semakan dengan pihak Bank Negara dan telah dimaklumkan bahawa panggilan yang diterimanya sebelum itu adalah palsu dan semakan yang dibuat ke atas akaun banknya mendapati wang di dalam akaun tersebut telah tiada,” ujarnya.

Jelas Fakhrudin, susulan kejadian itu, mangsa yang merupakan pesara swasta itu telah mengalami kerugian sebanyak RM1,303,710.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI