fbpx

78 kes positif Covid-19 di Kampung Pauh Lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Sebanyak 78 kes positif Covid-19 direkodkan dalam tempoh 11 hari di Kampung Pauh Lima di sini sehingga hari ini.

Kes itu dipercayai berpunca daripada penduduk kampung yang mengadakan solat berjemaah dan tadarus di sebuah surau dekat sini sebelum menjangkiti penduduk di perkampungan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin mengesahkan sebanyak 78 kes yang dicatatkan di kampung sejak 7 Mei lalu selepas 238 individu disaring.

“Terdapat dua kematian yang dicatatkan di lokasi itu dan kita masih menyiasat punca kes jangkitan.

“Saya nasihatkan kepada orang ramai supaya patuh prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan Covid-19 daripada menular,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau berkata, kepada penduduk kampung yang mempunyai gejala dan kontak rapat dengan pesakit Covid-19 boleh membuat ujian saringan di lokasi yang ditetapkan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI