fbpx

Pukul anggota Rela sebab dihalang masuk pasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian pergaduhan antara seorang lelaki dengan anggota Rela di Sitiawan yang tular dalam media sosial.

LUMUT – Tindakan seorang lelaki memukul, mengeluarkan kata-kata kesat dan meludah seorang anggota Rela di Sitiawan dekat sini membawa padah apabila ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada pukul 8.50 malam ekoran laporan polis dibuat mangsa pada pukul 12.40 tengah hari semalam.

“Dalam laporannya, pengadu berusia 45 tahun sedang bertugas menjaga laluan pintu masuk di Pasar Awam Looking Good, Sitiawan pada pukul 6.45 pagi kelmarin sebelum suspek datang dan ingin masuk ke dalam pasar tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nor Omar, anggota Rela itu bagaimanapun menahan suspek daripada masuk kerana pasar tersebut hanya akan dibuka pada pukul 7 pagi.

Jelasnya, suspek tidak menghiraukan arahan mangsa dan terus masuk ke pasar itu dan dihalang anggota Rela teraebut sehingga berlaku pergelutan di antara kedua mereka.

Nor Omar menjelaskan suspek telah memukul mangsa dengan menggunakan tangan, mengeluarkan kata-kata kasar dan telah meludah muka anggota Rela itu.

Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, video kejadian pergaduhan itu tular dalam media sosial terutama WhatsApp dan WeChat di daerah Manjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI