fbpx

Malaysia akan terus guna AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Malaysia akan tetap menggunakan vaksin AstraZeneca sebagai sebahagian daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Perkara itu dijelaskan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi menjawab pendirian Malaysia terhadap AstraZeneca susulan kes  kematian pertama di laporkan di Indonesia disyaki selepas menerima vaksin berkenaan.

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pihaknya masih mengkaji kesahihan maklumat dari negara jiran itu.

Menurutnya, buat masa ini, Malaysia akan terus menggunakan vaksin berkenaan.

“Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini mengesahkan bahawa tiada apa-apa kesan sampingan yang serius dikesan selepas penggunaan vaksin itu setakat ini,” katanya pada sidang akhbar mingguan CITF secara dalam talian di sini hari ini.

Pada 7 Mei lalu, media tempatan Indonesia melaporkan, seorang pemuda berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia sehari selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca.

Difahamkan, pemuda berasal dari Buaran, Jakarta itu menerima suntikan vaksin berkenaan pada 6 Mei lalu dan mengalami demam sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya ketika menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk meneruskan fasa ketiga PICK walaupun berdepan kebimbangan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara ketika ini, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tidak sabar untuk meneruskan program ini bagi fasa seterusnya.

“Kita tidak sabar untuk menyempurnakan program vaksinasi bagi golongan disasarkan pada fasa dua ini.

“Sebaik sahaja kami selesai fasa dua, kita pasti akan mulakan fasa ketiga,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI