fbpx

KKMM pantau platform media sosial padam kandungan sokong Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memantau perkembangan sesetengah platform media sosial antarabangsa yang kelihatan berat sebelah kerana terlalu mudah memadamkan kandungan yang menyokong perjuangan Palestin.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan platform kandungan sama ada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan diseru untuk berganding bahu dalam usaha-usaha meningkatkan kesalinghubungan internet.

Ini kerana, katanya, usaha itu adalah bagi memastikan penyebaran maklumat yang sahih, adil dan saksama.

“Di samping meneruskan agenda perjuangan Palestin yang sedia ada, kita juga perlu melihat peranan dan suntikan aspirasi ‘generasi baharu’ pejuang dan aktivis Palestin yang menggerakkan pendekatan-pendekatan baru, contohnya yang menggelar Israel sebagai negara apartheid,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Saifuddin berkata, KKMM akan terus menyokong perjuangan Palestin secara komprehensif dan konsisten, setiap kali keganasan Israel memuncak sepertimana yang berlaku sekarang.

“Sebagai umat Islam dan warga dunia yang menegakkan kebenaran, keadilan dan kedamaian, masyarakat sewajarnya terus menyokong perjuangan Palestin secara komprehensif dan konsisten,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI