fbpx

24 kawasan di Melaka banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa-mangsa terlibat banjir

MELAKA – Sebanyak 24 kawasan di negeri ini dilanda banjir dengan dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Antara kawasan yang terjejas teruk adalah Taman Melawis, Taman Kerjasama, Taman Bukit Beruang Utama dan Kampung Sungai Putat di Bukit Beruang.

Selain itu, turut dinaiki air adalah Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Indah dan dua kampung di Durian Tunggal iaitu Kampung Padang Keladi dan Kampung Bukit Balai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata, operasi penyelamatan telah dilakukan di Bukit Beruang pada pukul 9.26 pagi tadi.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.20 pagi dan sepasukan 28 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil dan BBP Padang Temu telah digerakkan untuk operasi menyelamat.

“Setakat ini operasi penyelamatan melibatkan 40 orang mangsa daripada kawasan taman perumahan dan sebuah kampung,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kesemua mangsa akan ditempatkan di PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah yang akan dibuka.

“Operasi penyelamatan di Taman Rambai Jaya dan Taman Rambai Indah hanya melibatkan tujuh mangsa sahaja dan akan ditempatkan di rumah saudara terdekat.

“Di Durian Tunggal, kerja-kerja pemindahan seramai enam orang mangsa telah selesai dilakukan dan kesemua mereka akan ditempatkan di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal,” katanya.

Setakat tengah hari tadi, hujan mulai renyai dan air mulai surut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI