fbpx

Jemaah positif, Masjid Telipot ditutup 17 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Sultan Muhammad II, Telipot di Kota Bharu

KOTA BHARU – Masjid Sultan Muhammad II, Telipot atau lebih dikenali sebagai Masjid Telipot di sini ditutup kepada orang awam berkuatkuasa kelmarin.

Timbalan Yang Dipertua Majilis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Zulkifle Ab. Rahman berkata, penutupan selama 17 hari sehingga 31 Mei depan itu dilakukan susulan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan jemaah masjid berkenaan.

Katanya, langkah dilakukan selepas mendapat nasihat dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 di masjid itu.

“Maik berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam usaha memutuskan Covid-19.

“Sepanjang tempoh tersebut hanya 13 orang kakitangan masjid yang terdiri daripada imam, bilal, siak dan pengawal keselamatan dibenarkan untuk menunaikan solat jemaah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kebenaran itu diberikan setelah kesemua mereka menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.

Kosmo! Online semalam melaporkan, Maik mengarahkan Masjid Muhammadi di sini yang juga merupakan Masjid Negeri Kelantan ditutup selama dua minggu bermula hari ini kepada jemaah awam.

Penutupan sehingga 31 Mei itu dilakukan selepas terdapat penularan penyakit Covid-19 dalam kalangan jemaah masjid itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI