fbpx

Iklan raya PTPTN pupuk budaya menabung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tangkap layar iklan raya PTPTN

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil dengan video muzik bertemakan Aidilfitri bagi mempromosikan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021 yang berlangsung dari 1 Mei sehingga 31 Mei ini.

Video berdurasi 40 saat itu mengisahkan enam sekeluarga terdiri daripada ibu, ayah, dua anak di samping datuk dan nenek mereka menyambut lebaran dalam suasana norma baharu di ibu kota.

Menerusi naskhah tersebut, kemeriahan hari raya jelas dirasai dengan amalan memohon maaf tetap menjadi keutamaan selain pemberian duit raya serta aneka juadah yang enak menjadi penyeri ketibaan Syawal.

Penonton pasti terhibur dan terikut sama menyanyikan lagu berentak irama joget yang turut memupuk budaya menabung dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Dalam hal ini, Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021 mencerminkan keprihatinan PTPTN supaya rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan walaupun menyambut perayaan dalam suasana norma baharu.

Promosi itu menawarkan hadiah duit raya bernilai hampir RM200,000 untuk dimenangi 500 pemenang pada Peringkat Negeri dan Peringkat Nasional.

Antara tangkap layar iklan raya PTPTN

Ia terbuka kepada semua pendeposit SSPN dimana bagi Peringkat Nasional perlu membuat simpanan bersih sebanyak RM300 dan ke atas dalam tempoh promosi.

Manakala bagi pendeposit kempen Peringkat Negeri, mereka perlu membuat simpanan bersih minimum RM100 dalam tempoh tersebut.

Selain itu, pendeposit layak untuk cabutan bagi kedua-dua kategori Peringkat Nasional dan Peringkat Negeri sekiranya simpanan bersih adalah RM300 dan ke atas dalam tempoh promosi.

Pendeposit turut layak menerima hadiah edisi terhad dari PTPTN iaitu jute bag dan sampul raya sementara stok masih ada.

Pendeposit boleh membuka akaun atau membuat penambahan simpanan secara online melalui laman web LoveSSPN atau hadir ke kaunter cawangan PTPTN serta melalui ejen sah yang telah dilantik.

Maklumat lanjut berkaitan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021 sila boleh diperoleh menerusi laman web www.lovesspn.com.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI