fbpx

Vekic lepas halangan pertama di Palermo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VEKIC berjaya meneruskan kemaraan di Terbuka Palermo selepas menundukkan Rus pada aksi pusingan pertama awal pagi semalam. - TWITTER

ITALI – Pemain pilihan keenam, Donna Vekic mencatat kemenangan pertama di Terbuka Palermo yang menjadi kejohanan julung kali dianjurkan selepas lima bulan ekoran penularan wabak Covid-19.

Pada saingan tersebut, pemain berusia 24 tahun dari Croatia itu tampil cemerlang apabila berjaya menumpaskan Arantxa Rus dengan keputusan straight set 6-1, 6-2 dalam tempoh 72 minit awal pagi semalam.

“Pada perlawanan tersebut, saya berada sedikit janggal ke­rana sudah lama tidak beraksi di kejohanan yang kompetitif seperti ini.

“Saya akui pada aksi final itu saya benar-benar gugup tetapi selepas beberapa ketika saya lebih santai dan kembali fokus untuk meraih kemenangan pada hari ini (semalam),” kata Vekic .

Dalam pada itu, Vekic juga mengakui, bermain dengan keadaan penuh protokol memberi cabaran baharu kepada mereka menjelang perlawanan-perlawanan akan datang.

“Kita bukan sahaja perlu memikirkan soal lawan, namun ia juga melibatkan aspek kesihatan.

“Semua kelihatan berbeza apabila perlu mematuhi semua protokol yang ditetapkan. Bagi saya ia adalah perkara baik dan menjadi cabaran baharu kepada semua pemain,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI