fbpx

Hospital Sungai Buloh terpaksa sedia kontena simpan jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontena khas yang menjadi tempat penyimpanan tambahan jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sungai Buloh - Ihsan Facebook KKM

PETALING JAYA – Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tempat tambahan penyimpanan jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memaklumkan perkara tersebut menerusi akaun rasmi Facebook berkata, sebanyak enam kematian akibat koronavirus dilaporkan di hospital tersebut semalam.

Tambahnya, lebih 80 peratus jangkitan Covid-19 di negara ini melibatkan golongan berusia dan menghidap lebih daripada satu penyakit kronik atau komorbiditi.

Sejumlah enam kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Hospital Sungai Buloh semalam. – Ihsan Facebook KKM

“Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat. Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” kata kenyataan tersebut semalam.

Sebelum ini, beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Itali dan India telah menggunakan kontena khas bagi menyimpan mayat yang maut akibat Covid-19 ketika sistem kesihatan negara masing-masing tidak mampu menampung peningkatan mendadak kes jangkitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI