fbpx

PKPD di Ulu Lepar, Raub dan dua kawasan di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan bermula Selasa ini hingga 31 Mei depan di Ulu Lepar, Raub, Pahang yang mencatatkan lapan kes positif Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Menteri Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu dibuat susulan peningkatan ketara kes positif Covid-19 dalam tempoh seminggu serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

“Pelaksanaan PKPD itu untuk memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalan pengesanan awal kes Covid-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kerajaan turut mengenakan PKPD di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah di Jitra, Kedah melibatkan Taman Mahsuri 2A, Taman Mahsuri 2B, Taman Mahsuri 2C Pusat Perniagaan Bandar Barat, Kampung Paya Kerchut, Taman Tunku Anum, Kampung Lubuk Kawah, Taman Desa Tanjung dan Taman Desa Darul Aman Mukim Naga.

Sehingga kini, KKM telah melakukan 207 ujian saringan di semua lokaliti tersebut dan 94 daripadanya disahkan positif Covid-19.

Katanya, peningkatan kes secara mendadak serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti berkenaan menyebabkan PKPD perlu dilaksanakan berkuat kuasa Selasa ini hingga 31 Mei depan bagi membolehkan KKM melakukan ujian saringan secara bersasar kepada golongan berisiko tinggi yang berpotensi menyebabkan jangkitan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengumumkan penamatan PKPD di Kondominium Windmills, Genting View Resorts dan Pangsapuri Mawar Genting Highlands di Bentong Pahang bermula hari ini lebih awal berbanding tarikh yang dijadualkan pada 23 Mei ini.

“KKM telah melakukan 237 ujian saringan dan tujuh daripadanya disahkan positif Covid-19 dengan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI