fbpx

Buruh Myanmar maut dipukul dengan besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang pekerja warga Myanmar ditemui tidak sedarkan diri di tempat pembinaan sebuah kondominium di Bayan Lepas semalam.

BALIK PULAU – Seorang pekerja kontrak warga Myanmar maut disyaki selepas dipukul dengan sebatang besi di tingkat 22 sebuah kondominium yang masih dalam pembinaan di Bayan Lepas di sini semalam.

Mangsa, HLA. Min, 29, dilaporkan mati semasa dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 3.05 petang.

Mangsa sebelum itu ditemui rakan sekerjanya dalam keadaan kritikal dan berlumuran darah pada kepala di dalam tandas unit berkenaan sebelum menghubungi pihak ambulan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, kejadian disedari rakan-rakan si mati setelah diarah oleh penyelia untuk mencari mangsa disebabkan masih tidak mengambil makanan tengah hari.

Menurutnya, siasat lanjut polis di tempat kejadian tidak menemui saksi bebas atau rakan sekerja yang melihat kejadian itu.

“Pasukan polis hanya menemui telefon bimbit dan kasut mangsa di dalam tandas berkenaan termasuk sebatang besi yang mempunyai kesan darah disyaki cebisan kulit di luar tandas.

“Ekoran kejadian itu, kita telah menahan enam buruh binaan warga asing iaitu lima lelaki Myanmar dan seorang Indonesia yang masing-masing berusia 25 hingga 44 tahun di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, hasil bedah siasat yang dijalankan di HPP hari ini mendapati kematian mangsa disebabkan daripada pukulan dengan objek tumpul dan keras pada kepala.

“Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, polis belum mengenal pasti punca dan motif sebenar kejadian.

“Semua tangkapan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI