fbpx

Bau busuk bawa penemuan mayat lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH-Bau busuk dari sebuah rumah di Taman Ipoh di sini, akhirnya membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai telah mati sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, kejadian itu disedari jiran mangsa yang menghidu bau busuk dari rumah lelaki terbabit yang dianggarkan berusia 67 tahun sebelum menghubungi polis pada pukul 11.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abd. Aziz berkata, pemeriksaan mendapati terdapat mayat seorang lelaki di dalam rumah namun pihaknya gagal masuk ke dalam ekoran pintu rumah yang berkunci.

Katanya, pasukan bomba telah dihubungi bagi membantu membuka pintu dengan memotong mangga di pintu pagar dan jeriji besi di belakang rumah.

“Menurut jiran mangsa, lelaki itu tidak kelihatan di rumahnya sejak tiga hari lalu sehinggalah dia terhidu bau busuk dari rumah tersebut.

“Berdasarkan keadaan mayat mangsa, dia dipercayai telah mati sejak lima hari lalu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha sedang dilakukan bagi mengesan butiran diri mangsa dan waris selain sejarah perubatannya di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI