fbpx

Korea Selatan mahu buka sekolah akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan menyasarkan untuk kembali membuka sesi persekolahan secara bersemuka selewat-lewatnya akhir tahun ini. -EPA

SEOUL – Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Boo-kyum mengumumkan kerajaan menyasarkan untuk kembali membuka sesi persekolahan secara bersemuka selewat-lewatnya akhir tahun ini, lapor agensi berita Yonhap, semalam.

Sejak penularan wabak Covid-19 hampir dua tahun lalu, Korea Selatan telah menjalankan gabungan kelas online dan bersemuka namun berharap kelancaran program vaksinasi akan menamatkan sesi sekolah secara online secepat mungkin.

“Saya khuatir dengan penularan wabak ini,  jurang akademik dalam kalangan pelajar semakin luas dengan ketiadaan hubungan sosial yang akan mengganggu emosi mereka,” kata Boo-kyum dalam mesej Facebook bersempena sambutan Hari Guru.

“Jika kami fokus untuk mencegah penyebaran virus dengan mengadakan kelas online sepenuhnya dan menjalankan sanitasi secara total pada tahun lalu, kami tidak perlu berusaha keras tahun ini agar pelajar kembali ke sekolah pada semester baharu,” tambahnya.

Tambah beliau, kerajaan akan berusaha memberikan vaksin sepenuhnya kepada semua guru dari peringkat tadika hingga ke sekolah menengah menjelang akhir Ogos.

Korea Selatan yang melancarkan program vaksinasi pada akhir Februari memfokuskan pada penyediaan suntikan vaksin kepada kakitangan perubatan dan warga emas bagi peringkat awal.

Disebabkan kekurangan bekalan vaksin yang melanda dunia, hanya 7.3 peratus daripada 52 juta penduduk di negara itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 daripada vaksin jenis AstraZeneca dan Pfizer.

Negara itu sebelum ini mengumumkan perancangan berani untuk memvaksinasi 13 juta penduduk dan mencapai komuniti vaksin menjelang November. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI