fbpx

3,780 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,780 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 470,110 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor melaporkan sebanyak 1,275 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 405 kes dan Kedah sebanyak 363 kes.

“Seterusnya, Kelantan (357 kes), Kuala Lumpur (342 kes), Johor (224 kes), Pulau Pinang (187 kes), Pahang (159 kes), Melaka (122 kes), Perak (115 kes), Sabah (87 kes), Negeri Sembilan (70 kes) dan Terengganu (58 kes).

“Labuan dan Putrajaya masing-masing merekodkan tujuh kes baharu manakala, Perlis dengan dua kes,” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI