fbpx

5 nelayan ditahan tangkap ikan lebih masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan tempatan ditahan Jabatan Perikanan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen ketika menangkap ikan di Pantai Tanjung Resang, Mersing, Johor hari ini. Foto IHSAN PERIKANAN

MERSING – Sebuah bot bersama lima nelayan ditahan selepas disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan melebihi masa dalam satu kejadian di Pantai Tanjung Resang, di sini awal pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, bot nelayan tempatan itu ditahan ketika berada di kedudukan 9.8 batu nautika pantai berkenaan.

Pengarah Perikanan Negeri Johor, Noraishah Hashim berkata, seorang tekong dan empat awak-awak warga tempatan yang ditshan masing-masing berusia 31 hingga 57 tahun.

“Tangkapan dilakukan ketika rondaan rutin pemantauan vesel pantai timur yang dijalankan di perairan Johor Timur oleh Cawangan Taman Laut dan Pengurusan Sumber, Jabatan Perikanan Negeri Johor.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati sebuah vesel penangkapan ikan zon B yang mempunyai lima orang kru tempatan terdiri dari tekong dan awak-awak yang telah menjalankan aktiviti menangkap ikan (menunda) pada jarak sekitar 9.8 batu nautika daripada Pantai Tanjung Resang, Mersing sekitar 1.30 pagi tadi.

“Ini menjadi kesalahan kerana masa menangkap ikan bagi vesel B adalah pada pukul 7 pagi sehingga 7 malam sahaja,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Noraishah berkata, perbuatan melanggar apa-apa syarat dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel adalah menjadi kesalahan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI