fbpx

Al Jazeera digeledah polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis melakukan pemeriksaan ke atas pejabat stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Serbuan dilakukan bermula pukul 11.30 pagi dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pemeriksaan dijalankan selepas pihaknya menerima waran untuk melakukan penggeledahan dari Jabatan Peguam Negara.

“Pemeriksaan yang dijalankan merangkumi mengesan segala dokumen diperlukan serta rakaman atau bahan yang boleh membantu siasatan polis.

“Serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas dan masih berlangsung pada masa ini,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini akhbar tempatan melaporkan, seramai enam kakitangan stesen penyiaran Al Jazeera bersama tujuh peguam telah hadir ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan pada 10 Julai lalu.

Difahamkan, enam kakitangan itu terdiri daripada penerbit, editor, wartawan dan jurukamera serta mereka yang terbabit dalam menerbitkan dokumentari kontroversi berkenaan.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam tindakan kerajaan melayan pendatang tanpa izin ketika menangani Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI