fbpx

Pelajar Malaysia juara pidato umum dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pavit Coran. - Ihsan Facebook ESUM

PETALING JAYA – Pelajar Universiti Multimedia dari kampus Melaka, Pavit Coran muncul juara Pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union (ESU) yang diadakan secara dalam talian kelmarin.

English Speaking Union of Malaysia (ESUM) dalam kenyataan melalui laman Facebooknya berkata, pertandingan itu melibatkan penyertaan 36 pelajar dari 34 negara.

“Enam orang finalis terpilih dalam pertandingan peringkat akhir yang diadakan pada hari Jumaat (kelmarin) pada pukul 12 tengah malam waktu Malaysia,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Coran, 19, dalam ucapannya selama lima minit telah mengemukakan pandangannya mengenai peningkatan jumlah individu yang mengalami kemurungan di seluruh dunia.

Beliau yang menggesa masyarakat dan kerajaan memberi perhatian terdapat isu berkenaan turut melahirkan rasa tidak percaya selain gembira dan bersyukur kerana dapat mengalahkan peserta lain.

“Penglibatan secara online itu merupakan pengalaman baharu walaupun saya tidak dapat ke London untuk bertanding,” katanya.

Pelajar itu menyifatkan keseluruhan proses sebagai menarik kerana beliau dapat bertemu ramai peserta dari negara berbeza tanpa perlu meninggalkan rumahnya selain berpeluang mendengar pandangan peserta yang lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI