fbpx

Sorok 3,240 batang rokok seludup bawah katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beras, rokok dan kretek yang dirampas PGA dalam serbuan di Kampung Mesira, Tumpat kelmarin. FOTO : Ihsan PGA 7

TUMPAT – Taktik dua lelaki menyimpan 3,240 batang rokok termasuk kretek di bawah katil tidak berhasil apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 dapat mengesan barangan tersebut dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Mesira di sini kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 8.30 malam itu, PGA turut merampas 580 kilogram (kg) beras seludup yang berada diruang tamu rumah berkenaan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM4,343.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota PGA telah melakukan serbuan di rumah yang menjadi tempat persembunyian dua lelaki berusia 23 dan 41 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut di bahagian ruang tamu rumah itu, kita telah menjumpai beberapa kampit beras dianggarkan seberat 580 kg.

“Seterusnya, pemeriksaan di bahagian bawah katil yang ditutup dengan papan pula telah membawa kepada penemuan rokok dan kretek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhari memberitahu, hasil risikan awal mendapati suspek memperoleh bekalan rokok dan beras itu dari negara jiran.

Katanya, kesemua barangan seludup itu dibawa masuk secara haram menggunakan melalui lorong-lorong tikus di sini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI