fbpx

Kucing selamat selepas terjun dari tingkat 5 bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUCING tersebut mendarat di atas rumput, melantun dan kembali berjalan seperti biasa. – Twitter/@CFD Media

CHICAGO, ILLINOIS – Seekor kucing di kota raya Chicago dikatakan telah menggunakan sekurang-kurangnya satu daripada sembilan nyawanya apabila terjun dari tingkat lima sebuah bangunan yang terbakar baru-baru ini, lapor saluran berita CNN.

Masyarakat Barat percaya kononnya kucing mempunyai sembilan nyawa.

Lebih menakjubkan, kucing itu tidak cedera, malah, berjalan seperti biasa meninggalkan lokasi kejadian.

Dalam satu rakaman video dimuat naik di laman Twitter, kucing tersebut dilihat jatuh ke atas tanah dan melantun.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menjerit kerana bimbang keselamatan ku­cing tersebut.

“Kucing yang terjun ke tanah dalam satu kebakaran di 65th and Lowe ternyata mempunyai sembilan nyawa.

“Haiwan itu jatuh ke laman, melantun dan berjalan seperti biasa,” kata Jabatan Bomba Chicago.

Menurut stesen televisyen tempatan, NBC Chicago, kucing hitam bernama Hennessy itu masih hilang dan tidak pulang ke rumah tuannya selepas kejadian tersebut.

Pemiliknya memaklumkan bahawa Hennessy tinggal di dalam rumah dan tidak biasa berada di luar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI