fbpx

Luluh hati ibu lihat CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TANJUNG MALIM – Polis menahan lelaki berusia 44 tahun di Bidor tengah malam tadi selepas dipercayai merogol anak kandungnya yang juga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran berusia 21 tahun.

Lelaki berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu di kediamannya di Behrang Stesen dekat sini beberapa kali sejak Mac lalu.

Lelaki berkenaan yang tidak bekerja itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas polis menerima satu laporan berhubung kejadian itu semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendi Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada bulan Mac tahun ini.

“Kejadian terbaharu pula dilaporkan berlaku pada awal Ogos 2020 dan perbuatan suspek turut dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang oleh ibu mangsa.

“CCTV berkenaan dipasang setelah ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak baik dilakukan suaminya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sulizmie Affendi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan.

Katanya, suspek yang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim direman selama enam hari bermula hari ini hingga 9 Ogos depan bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI