fbpx

Kompaun tuan rumah RM25,000, tetamu RM5,000 palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MERSING – Polis Mersing menafikan melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Dahlia 1, Taman Sri Mersing di sini dan mengeluarkan kompaun kepada tuan rumah serta tetamu yang hadir.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, pihaknya bukan melakukan serbuan sebaliknya hanya membuat pemeriksaan biasa selepas menerima laporan.

Pesanan ringkas yang tular diaplikasi WhatsApp hari ini.

“Tiada serbuan, cuma pemeriksaan biasa sahaja. Polis menerima maklumat kata ada majlis pertunangan tetapi tidak jadi.

“Tiada tindakan diambil,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp mesej berkenaan sebuah rumah di jalan berkenaan yang diserbu hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI