fbpx

PGA selamatkan barangan subsidi bernilai RM368,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhari (kanan) bersama anggota memeriksa kawat berduri yang dipasang di kawasan pangkalan haram MCA di Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas pelbagai barangan subsidi bernilai lebih RM368,000 di laluan tikus di sempadan negara dalam tempoh sebulan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan menerusi Ops Benteng Covid-19 bermula 16 April sehingga semalam itu dibantu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan.

Katanya, sepanjang tempoh itu, pelbagai barangan subsidi dirampas merangkumi tepung, minyak masak dan petrol.

“Selain itu, kita berjaya menangkap empat lelaki tempatan yang bertindak sebagai penyeludup.

“Siasatan awal mendapati permintaan tinggi di negara jiran menjadi penyumbang kepada aktiviti berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Markas PGA, Lubok Stol di sini hari ini.

Azhari memberitahu, keseluruhan rampasan seludup yang berjaya dirampas berjumlah RM4.8 juta sepanjang penugasan menerusi Op Benteng Covid-19 di negeri ini.

Katanya, jumlah itu merangkumi mercun, daun ketum, air ketum, ubat batuk, haiwan eksotik, tepung, minyak masak, petrol, kontraban dan lembu.

“Meskipun penyeludup menukar operasi mereka sepanjang Ramadan kepada waktu berbuka dan bersahur, namun anggota PGA berjaya membaca perubahan taktik itu,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI