fbpx

Malaysia kutuk serangan terhadap umat Islam di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyidin sewaktu membentangkan Perutusan Khas Isu Palestin sebentar tadi.

PETALING JAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan zalim zionis terhadap umat Islam di Palestin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia berpendirian teguh tiada alasan kukuh bagi Israel untuk menggunakan kekerasan terhadap rakyat Palestin.

“Serangan udara rejim zionis di Gaza juga adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.

“Malaysia mengkuti rapat perkembangan yang berlaku di Palestin. Sehingga kini lebih lebih 100 rakyat Palestin telah terkorban dan cedera kesan daripada perbuatan zalim zionis,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Muhyiddin berkata, perbuatan keji lagi terkutuk tentera Israel itu mesti dikecam sekeras-kerasnya seluruh dunia.

“Malaysia kesal Majlis Keselamatan PBB masih membisu.

“Bagaimanpun Malaysia akan terus memaksa serangan terhadap Palestin dihentikan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Mesyuarat Tergempar Terbuka OIC akan dibuat bagi menegaskan pendirian Malaysia terhadap situasi di Palestin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI