fbpx

RM1.2 juta dirampas dalam tiga operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motolori jenis Toyota yang disyaki menjadi jentera modus operandi untuk mengambil bahan api (diesel) bersubsidi di kawasan Shell Jong Brothers Sdn Hhd, Serian.

KUCHING – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya merampas rokok dan barang kawalan bernilai RM1,245,314.84 dalam tiga operasi berbeza dari 30 Julai hingga 3 Ogos 2020.

Komandernya, SAC Mancha Ata berkata, kejayaan pertama melibatkan Op Libas pada 30 Julai di mana sejumlah 1,800 liter minyak diesel (bersubsidi) dan sebuah motolori jenis Toyota dengan anggaran nilai sebanyak RM93,776.84 dirampas.

“Lebih kurang 8.30 pagi, serbuan dan pemeriksaan telah dibuat keatas sebuah kenderaan motolori jenis Toyota bertempat di Sungai Tanggang, Sri Aman kerana disyaki mengambil bahan api (diesel) bersubsidi di kawasan Shell Jong Brothers Sdn Hhd, Serian.

“Turut ditangkap adalah dua orang lelaki tempatan masing-masing berumur 43 tahun yang merupakan seorang pemandu dan pemilik barangan tersebut,” katanya di sini tadi.

Kesemua rampasan itu akan diserah kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bahagian Kuching selain pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI