fbpx

Dah bernikah ke? Foto berpeluk Elisya, tunang jadi buah mulut netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar foto dimuat naik oleh Uzair Haqimy yang menjadi bualan hangat netizen dalam laman sosial.

PETALING JAYA – Belum habis kisah jual lemang, timbul pula kisah mengenai foto lebaran pelakon Elisya Sandha dan tunangnya, Uzair Haqimy yang menjadi bualan hangat netizen dalam laman sosial.

Menerusi perkongsian anak sulung pelakon dan pengarah terkenal, Sheila Rusly dalam Instagramnya itu, Uzair ada memuat naik sekeping foto dengan tunangnya tatkala meraikan Aidilfitri bersama.

“Selamat hari raya dari kami sekeluarga. Maaf muka letih. Maaf zahir dan batin,” tulis Uzair pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut bercakap mengenai perihal keintiman pasangan tersebut lebih-lebih lagi selepas melihat foto berpelukan mesra mereka berdua.

Malah ada segelintir pengikut yang berseloroh dan mempersoalkan tentang status hubungan mereka yang dilihat seolah-olah seperti sudah bernikah dan halal sebagai suami isteri.

“Untung ambil ganbar begini. Aku dulu sebelum nikah kalau duduk sejengkal pun mak aku dah jeling suruh jauh-jauh.

“Tahniah dah jadi suami isteri. Seronok ya bergambar begini. Belum nikah dah peluk macam lagak orang sudah bernikah. Jagalah batas tu. Betul-betul mengundang fitnah,” tulis netizen.

Terdahulu, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu mengikat tali pertunangan dengan tunangnya yang juga merupakan seorang pelakon pada 31 Januari 2021 lalu.

Mengikut perancangan keluarga, mereka akan disatukan sebagai suami isteri sekitar tahun hadapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI