fbpx

Semak status Covid-19 di MySejahtera sebelum hadir ke PPV 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) mengingatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu status MySejahtera masing-masing sebelum hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menerusi ciapan di twitter hari ini, JKJAV memaklumkan, individu yang mempunyai tiga status berikut di aplikasi MySejahtera masing-masing diminta supaya tidak hadir ke PPV.

“Tiga status berkenaan adalah kes yang disahkan (tidak bergejala), kes suspek dan individu dalam pemantauan.

“Bagi yang mempunyai tiga status seperti ini di MySejahtera, diminta untuk bertanggungjawab dan tidak hadir ke PPV walaupun pada tarikh janji temu vaksinasi anda,” katanya.

Katanya, mereka yang berkenaan boleh hubungi talian hotline untuk batalkan janji temu sebelum tarikh baharu akan dijadualkan semula kemudian.

JKJAV turut menasihatkan penerima vaksin supaya tidak hadir ke PPV sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga mereka dikuarantin di rumah kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19.

Sementara itu, JKJAV mengingatkan penerima vaksin supaya tidak perlu hadir terlalu awal untuk vaksinasi di PPV.

“Memadai 15 hingga 30 minit awal dari masa janji temu. Ini boleh mengelakkan anda daripada menunggu lama dan mengurangkan kesesakan di PPV,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI