fbpx

Dua pesakit Covid-19 mati selepas polis tahan ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki meminta kebenaran pihak polis untuk membenarkan ambulans melalui Plaza Tol Pullur di sempadan negeri Andhra Pradesh-Telangana. - Times of India

VIJAYAWADA, INDIA – Dua pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia apabila ambulans-ambulans yang membawa mereka tidak dibenarkan melalui Plaza Tol Pullur di sempadan negeri Andhra Pradesh-Telangana di daerah Kurnool pagi tadi, lapor akhbar Times of India

Kedua-dua pesakit yang dilaporkan dalam keadaan serius, dibawa ke Hyderabad apabila polis Telangana menahan dan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai kebenaran memasuki negeri itu. 

Kelewatan dalam mendapatkan rawatan menyebabkan kematian mereka.

Setakat ini, hampir 20 ambulans yang dalam perjalanan ke Hyderabad ditahan berjam-jam di plaza tol tersebut.

Di sebalik rayuan oleh anggota keluarga pesakit, polis Telangana tidak membenarkan ambulans-ambulans memasuki negeri itu.

“Kami sedang membawa suami saya ke Hyderabad bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Dia bernafas menggunakan mesin ventilator dan amat memerlukan rawatan segera.

“Saya meminta mereka membenarkan kami tetapi mereka (polis Telangana) tidak mahu memberi kebenaran memasuki negeri itu,” kata seorang wanita.

Keluarga wanita itu berkata, mereka menempah katil di sebuah hospital swasta untuk pesakit tersebut tetapi polis enggan menerima alasan itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI