fbpx

Filipina tidak akan undur walau seinci – Duterte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Duterte tidak akan memenuhi tuntutan China dan akan terus menuntut kedaulatan ke atas terumbu dan pulau di Laut China Selatan. - AFP

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berikrar tidak akan mengundurkan kapal-kapal negaranya di perairan yang dituntut China ketika perbalahan antara Manila dan Beijing berhubung kedaulatan di Laut China Selatan makin meruncing.

Bercakap dalam ucapan yang disiarkan televisyen Filipina hari ini Duterte berkata, beliau tidak akan memenuhi tuntutan China dan akan terus menuntut kedaulatan ke atas terumbu dan pulau di Laut China Selatan.

“Kami ada pendirian tentang perkara ini dan saya ingin memaklumkan di sini sekali lagi bahawa kapal-kapal kita di sana (Laut China Selatan) tidak akan berundur walaupun seinci.

“Saya tidak akan berundur sekalipun anda (China) membunuh saya. Persahabatan kita berakhir di sini,” tegas Duterte.

Pada April lepas, China menuntut Filipina mengundurkan kapal-kapalnya dari perairan tuntutan bertindih dan menggesa Manila menghentikan tindakan yang boleh memburukkan keadaan serta meningkatkan konfrontasi.

Hari ini Duterte berkata, beliau menghormati pendirian China tetapi tidak mahu berperang dengan Beijing.

Presiden Filipina itu sebelum ini dikritik kerana hubungan rapatnya dengan Beijing.

Beliau bagaimanapun mengekalkan tuntutan Manila ke atas terumbu dan pulau di Laut China Selatan.

Pada bulan lalu Duterte mengumumkan untuk menghantar kapal-kapal perang Filipina ke perairan yang dituntut kedua-dua negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI